Wednesday, 17 February 2016

Jenis Beg Tangan yang setiap wanita mesti miliki...

Menyimpan koleksi beg tangan merupakan seni tanpa kita sedari. Dari itu, mari kita lihat jenis beg tangan yang pasti dimiliki oleh setiap wanita di luar sana...


1. Beg Klasik Warna Hitam

Beg Hitam merupakan sejenis beg tangan yang saya pasti setiap wanita di luar sana sudah memilikinya. Biasa dengar tak, beg warna hitam adalah mudah untuk dipadankan dengan semua jenis warna baju. Beg hitam juga amat popular untuk dibawa ke pejabat sebab gaya dan warna yang klasik dan elegan. Beg Hitam akan sentiasa "evergreen" sepanjang zaman.
Fendi bag, $2,750, similar styles available at shopBAZAAR.com.
CLASSIC FENDI BAG

2. Beg Neutral Tote 

Beg Tote merupakan jenis beg tangan yang sesuai untuk membawa semua jenis barang. Saiz beg yang besar akan memudahkan wanita membawa semua barang keperluan mereka. Warna beg yang neutral seperti warna nude atau khaki, akan memudahkan padanan warna dengan seluruh penampilan.

VALENTINO NEUTRAL TOTE

3. Klac (Clutch)

Beg klac adalah merupakan beg yang kecil dan digunakan bila kita tidak membawa beg yang besar. Klac adalah perlu untuk membawa barang yang penting sahaja contoh duit, telefon bimbit, makeup dan kunci kereta. Klac juga amat sesuai untuk dibawa ke majlis kenduri atau majlis makan malam.

BALENCIAGA POLISHED LEATHER CLUTCH

4. Beg Kasual

Beg kasual adalah pilihan bila kita pergi membeli-belah, bercuti atau bersantai di hujung minggu. Beg kasual dengan saiz yang besar semestinya praktikal untuk aktiviti lasak dimana saja.
CĂ©line bag, 212-535-3703.
CELINE BAG

5. Beg Sling

Beg sling juga amat praktikal untuk bersantai atau bercuti. Ia dipakai silang di badan membuatkan ia mudah dan selesa untuk pergerakan yang mudah. 
PRADA TESSUTO NYLON SLING BAG
6. Beg berwarna terang (bright pop color)

Siapa tidak meminati warna terang? Warna fuschia merah jambu, merah hati, hijau zamrud, biru cobalt dan kuning neon adalah merupakan warna warna terang. Beg tangan berwarna terang boleh digunakan untuk menghidupkan atau menaikkan seri seluruh penampilan.
MCM MILLA BAG











No comments:

Post a Comment